Blog Personal Jiwa Sebenar
Assalamualaikum WBT,.
Salam sejahtera buat semua,akhirnya tercapai juga cita-citaku
untuk membuat satu lagi Blog yang lebih kepada personal blog,
Blog yang yang ku kira adalah jiwa sebenar.
Aku masih lagi menguruskan blog OhPilihanku kerana
Blog itu adalah sumber pendapatan ku,
cuma dalam masa yang sama aku juga perlukan Blog yang benar-benar dari jiwa aku
yang sebenar.
eyfa writer |
Bagi yang pernah mengunjungi OhPilihanku,pasti anda tahuyang blog itu adalah untuk aku
kongsikan Segala macam Berita,Artikel Dan Review,
maka tidak manis untuk aku kongsikan apa yang ada di dalam hati,
apa yang aku lalui dalam menjalani kehidupan.
Bercakap soal kehidupan,Seperti insan lain mungkin tiada apa
yang menarik kerana aku bukanlah Artis mahupun Ahli Politik,aku hanya insan biasa yang mahukan
Kebebasan dengan sedikit batasan,Kegembiraan dan merasa bahagia selagi
masih boleh bernafas.
Kalau Zaman ini Zaman yang dulu,mungkin aku hanya akan coretkan
apa yang ada di hati di dalam sebuah diary,dan ku kira berkemungkinan aku terpaksa
membeli buku diary mungkin 4 kali sebulan,tetapi nasib baiklah zaman sekarang adalah zaman IT,
Jadi aku hanya perlukan laptop kapok dan juga membina blog seperti ini,
Alhamdulillah dengan perkembangan teknologi kan,kita dapat merasai nikmat pembangunannya.
Aku Harap dengan Terbina nya personal blog ini,aku mampu mendapat
lebih ramai teman-teman,bukan hanya sebagai pembaca saja,tetapi aku juga perlukan teman-teman
jadi jangan malu jangan segan untuk create satu persahabatan di sini,.
Jangan risau,aku tak sombong,malah jika lebih mengenali aku,
mungkin ada yang tak sanggup mendengar aku membebel tanpa henti hehe,..
Aku rasa cukup untuk setakat ini saja sebagai first posting aku,
Hopefully aku dapat terus menulis di sini,berkongsi cerita dan sebagainya dengan korang semua.
Keep Connect Ok :)
Wahhh smartnya blog Efa... Tahniah dah ada blog personal. Terror tu... 27 blog huish. Terbaik. Keep up blogging. Chayyok
BalasPadamWahhh smartnya blog Efa... Tahniah dah ada blog personal. Terror tu... 27 blog huish. Terbaik. Keep up blogging. Chayyok
BalasPadam